Sunday, December 4, 2011

MESRA BERSIH mulakan tahun 2012 dengan MEMPEROLEHI PROJEK BARU

Mesra Bersih berjaya mengembangkan sayapnya ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) apabila berjaya memperolehi kontrak menyediakan perkhidmatan di Universiti Teknologi Mara Melaka (UiTM) dan Universiti Kuala Lumpur, UNIKL MICET Melaka.

Sesungguhnya kejayaan memperolehi kontrak baru di IPTA dan IPTS ini membuktikan bahawa syarikat ini dipercayai mampu memberikan perkhidmatan terbaik dan bermutu. Inilah kejayaan pertama Mesra Bersih memasuki pasaran di IPT kerana sebelum ini kami hanya tertumpu kepada MRSM, Kolej dan sekolah-sekolah sahaja.

Kami telah memulakan operasi UiTM melaka pada 16 November lalu dan akan memulakan operasi di UniKL MICET Melaka pada 1 Januari 2012.

Insya Allah tahun baru 2012 ini Mesra Bersih akan lebih berdaya maju di mana kami juga telah mula memasarkan peralatan Mesin Basuh layan diri seperti 'Coin Slot', Mesin Basuh dan lain-lain.

Sebelum ini Mesra Bersih telah menyediakan perkhidmatan di 8 institusi lain termasuk MRSM, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Teknik, Kolej Swasta dan lain-lain. Selain itu Mesra Bersih juga menyediakan perkhidmatan dobi di beberapa sekolah.

Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan penjualan dan pemasangan Mesin Basuh Layan Diri secara berpakej.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 019-682 1318.